Nak Tau?

Sunday, October 16, 2011

Sepetang di Taman Negara Tanjung Piai Pontian


Ahad 16 October 2011, saya ngan keluarga ke Tanjung Piai, Pontian Johor. Ekceli hari tu pun saya tak ada aktiviti dan hanya menjahit saja di rumah. En Hubby yang ajak sebab kebetulan dalam paper ada cerita tang Tanjung Piai. Untuk kesana just ambil masa 1 jam lebih saja. Haaa..tu pun dengan bantuan GPS. Mekasih GPS....

I'm here!!!!

OK..nak masuk dalam Taman Negara ni, berbayar tau. Dewasa RM5 sahaja. Tak mahal pun. Parking pun senang tapi kalau dah ramai..kenalah jalan jauh skit. Tempat ni macam dah lama, ada kawasan terjaga dan ada juga yang tak terjaga.

Kat sini banyak monyet liar

Al-kisah masa nak ke jeti nun ujung kat atas gambar ni, ada sekor monyet ni bawak baby (tergayut2 kat perut mak dia), saya bawa beg makanan dan pimpin hero dan heroin saya. Jap lagi masa nak melepasi monyet nakal ni, menatang nih leh plak dia kejar saya...huaaa apa lagi menjerit laaa. (hehehee) Dah semua orang tgk. Well.... nak buat camner kan.

En Hubby lepas sebab dia dokong Arissa. (Arissa pun nangis sebab terkejut). Bahaya tau kat sini lagi2 kalau bawa baby..peluk erat2. So..dipendekkan citer, saya pun stay la situ... hero dan heroin saya tak nak lalu situ sebab takut. Kami pun berkampung di pondok yang disediakan. (Chittt, kuang asam punye monyet... melepas nak ke ujung jeti tu)

Panjang tau jeti2 ni. Semua laluan jeti saya pergi. Memang penat!

Jangan tgk orang... tengok yang ada tanda anak panah merah tu... (ada paham! --- Penyokong setia)

Kat jeti mancing, ada sorang pakcik ngan anak2 dia dan juga ngan wife dia tgh mancing. Banyak ikan dia dapat... Hasil pasang telinga saya ni... dengar2 pakcik ni dari kul 11.00 kat situ... kami sampai kul 1.00pm so.. 2 jam bleh dapat ikan byk cam ni kira ok la..

Comel saya......


Nampak kapal je kat sini


Ngeeee.......


Cantik kan?

Kat sini takut skit sebab jeti senget... dalam plak tu...

Taraaaa.......... sampai gak kat sini

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...