Nak Tau?

Sunday, October 23, 2011

Khas wat sahabatku Anita


Entry kali ni, saya nak bercerita tentang seorang sahabat saya yang kini telah pun berhijrah ke Kuala Lumpur. Hehehe, gambar ni saya rembat dari pc dia masa dia baru bekerja di Al-ikhsan. teringat plak masa saya intebiu dia (intebiu memain) walaupun masa tu byk candidate designer tapi saya pilih dia n yakinkan yang lain tuk pilih Anita. (kembali mengenang kisah lama)


Ni zaman kat opis lama, acting jer kat atas ni cam tgh wat kerja.


Bila husband saya tak dapat ikut apa2 event... saya mesti pergi ngan Anita. Lagipun anak2 saya suka ngan dia. Gambar kat atas nih kitorang nak makan Steamboat (tradisi team marketing.. budak baru wajib open table ble dapat first gaji)

Jom makan


Chillll!!!

See... mana2 saya mesti berdua ngan Anita


Saya suka berkawan ngan dia sebab dia baik dan tak sombong. Cuma Anita ni seorang perahsia dan suka settlekan masalah sendiri walaupun hakikatnya kadang2 dia perlukan kawan2 dia tuk support dia.

Yang ni plak time program 'Jom Raya Rumah Aku - 2010'. Dr Johor sampai ke Kota Tinggi saya beraya. Memang seronok.... Tapi tahun ni Anita tak dapat nak beraya rumah saya bersama team Marketing coz dia outstation.... SoB..sOb

Ni plak aktiviti ke Gunung Ledang... Masa nih kitorang berkumpul depan opis lama.... punyalah lama nunggu geng2 yang lain.

Kitorang berdua jer perempuan yg join aktiviti nih. Hehehhe


Ni plak aktiviti sampingan dalam opis. Bagi saya team Marketing paling best lah!


Majlis perpisahan Mktg Manager


Anita seorang yang ceria tapi kadang2 moody gak.... (semua orang cam gitu kan) Apepun saya sedih sebab saya tak dapat berjumpa ngan dia saat2 akhir dia berada di Al-Ikhsan. Hari Khamis hari tu dah ingat nak jumpa dia tapi... dia busy plak... dan 21hb Oct 2011 saya pula kene outstation ke KL. Memang tak dapat nak minta maaf kat dia... huhuhuhu

Kepada sahabatku Anita... terima kasih kerana menjadi sahabat yang baik... dan sudi mendengar keluh resah, masalah dan berkongsi suka duka bersama. Awak mmg seorang sahabat yang boleh dipercayai. Dan kini.. saya dah tak ada kawan nak bergosip dalam e-mail. Really sorry, sebab tak sempat berjumpa (feel sad right now). Jika ada akak terkasar dan buat Anita rasa marah, sedih dan lain2 yang perkara, akak minta maaf.... halalkan makan minum.... "Thanks temankan kak masa husband kak kat kg."

Akak doakan agar Anita lebih tabah menghadapi dugaan hidup dan berjaya dalam bidang yang Anita ceburi sekarang. Tunjukkan pada orang ramai.. that you can be the best!

Ingat lagi tak gambar kat atas ni?..... THANKS FOR BEING MY FRIEND


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...