Nak Tau?

Tuesday, October 25, 2011

Kek Besday Arissa

Entry kali ni saya nak bercerita tentang kek besday heroin saya yang paling saya sayang (yang bongsu sayang lebih skittt). Ekcelli kek ni saya sempat design di opis, biasanya waktu rehat saya tak makan dan lebih suka menghadap pc. Cantik tak?

Arissa Hannie Soffea suka cartoon Boboiboy. Kadang2 dia sebut boboiboyyyyy!!! (cam dalam tv). Kek ni saya order ngan staff opis je memandangkan kek2 kat luar semua tak menepati piawaian saya. Saya pilih choc flavour (feberet mama dia sebenarnya)

Walaupun besday Arissa bulan 11 nanti, tapi saya akan sambut awal skit memandangkan ujung minggu ni, saya dan family + atuk dan nenek dan juga ucu dan acik dan wat BBQ kat Tanjung ???.

Hmm... saya dah rancang nak belikan dia baby doll yang bleh bercakap bila perut ditekan. Sebelum nih saya dah test Arissa (takut2 dia tak pandai jaga mainan), saya belikan baby doll yang murah2 jer. Saya tgk Arissa suka bawa baby doll tido, naik basikal dan ke rumah babysitter. Kadang2 dia pijak2 juga baby doll tu. hahahah

Yang penting.... heroin saya Arissa Hannie Soffea suka dan gembira...... I luv u so much........

Monday, October 24, 2011

Taylor University & Al-Ikhsan Sunway

Entry kali ni saya nak cerita semasa saya Outstation ke KL. Hahaha... best gak lah masa tu. Macam2 benda kami harungi. Saya dan 4 lagi kawan (semuanya perempuan) yang ke sana. Tujuan saya ke sana sebab nak handle majlis perasmian besar2an di Al-Ikhsan Sunway Woman. Gambar kat atas ni masa nak kami checkout.

Saya stay di Ruemz Hotel. Punyalah susah cari hotel ni. GPS pun tak membantu. Hotel ni terletak dalam University Taylor. Sanggih tul... Walaupun berulang balik ke hotel..tapi kami still sesat. Dan yg sempoi..nak parking 2 3 kali pusing tempat yang sama semata2 nak parking kat entrance. (sorang cakap atas..sorang cakap bawah)


Gambar lagi

Lagi2 gambar

Chilllll

Chill lagi....

Ni kat depan outlet.... penat ooo.... semalam balik hotel jer kul 2 lebih (pagi)

Yang nih plak...ngan......

Kengkonon sibuk.... yerlah nak manage semua.. Masa nih tgh fenin coz orang Celebrity Fitness datang lambat.... terpaksa guna plan B. (bersambunggggg)

Yang ni mmg betul2 tgh fenin.... kehulu hilir bawak dokumen. Dan yang penting beg besau saya sentiasa disisi.

Perasmian outlet


Runway by Al-Ikhsan Staff


Puma Fren dan staff


Bhangra Dance by Kiren Jit (Celebrity Fitness)

Pantas sungguh masa berlalu. Hmm bagi saya opening yang saya handle kali nih lagi best dan happening berbanding outlet yang saya pernah handle 2 tahun dulu. Selepas majlis tamat saya dan kengkawan pulang ke JB......

Sunday, October 23, 2011

Khas wat sahabatku Anita


Entry kali ni, saya nak bercerita tentang seorang sahabat saya yang kini telah pun berhijrah ke Kuala Lumpur. Hehehe, gambar ni saya rembat dari pc dia masa dia baru bekerja di Al-ikhsan. teringat plak masa saya intebiu dia (intebiu memain) walaupun masa tu byk candidate designer tapi saya pilih dia n yakinkan yang lain tuk pilih Anita. (kembali mengenang kisah lama)


Ni zaman kat opis lama, acting jer kat atas ni cam tgh wat kerja.


Bila husband saya tak dapat ikut apa2 event... saya mesti pergi ngan Anita. Lagipun anak2 saya suka ngan dia. Gambar kat atas nih kitorang nak makan Steamboat (tradisi team marketing.. budak baru wajib open table ble dapat first gaji)

Jom makan


Chillll!!!

See... mana2 saya mesti berdua ngan Anita


Saya suka berkawan ngan dia sebab dia baik dan tak sombong. Cuma Anita ni seorang perahsia dan suka settlekan masalah sendiri walaupun hakikatnya kadang2 dia perlukan kawan2 dia tuk support dia.

Yang ni plak time program 'Jom Raya Rumah Aku - 2010'. Dr Johor sampai ke Kota Tinggi saya beraya. Memang seronok.... Tapi tahun ni Anita tak dapat nak beraya rumah saya bersama team Marketing coz dia outstation.... SoB..sOb

Ni plak aktiviti ke Gunung Ledang... Masa nih kitorang berkumpul depan opis lama.... punyalah lama nunggu geng2 yang lain.

Kitorang berdua jer perempuan yg join aktiviti nih. Hehehhe


Ni plak aktiviti sampingan dalam opis. Bagi saya team Marketing paling best lah!


Majlis perpisahan Mktg Manager


Anita seorang yang ceria tapi kadang2 moody gak.... (semua orang cam gitu kan) Apepun saya sedih sebab saya tak dapat berjumpa ngan dia saat2 akhir dia berada di Al-Ikhsan. Hari Khamis hari tu dah ingat nak jumpa dia tapi... dia busy plak... dan 21hb Oct 2011 saya pula kene outstation ke KL. Memang tak dapat nak minta maaf kat dia... huhuhuhu

Kepada sahabatku Anita... terima kasih kerana menjadi sahabat yang baik... dan sudi mendengar keluh resah, masalah dan berkongsi suka duka bersama. Awak mmg seorang sahabat yang boleh dipercayai. Dan kini.. saya dah tak ada kawan nak bergosip dalam e-mail. Really sorry, sebab tak sempat berjumpa (feel sad right now). Jika ada akak terkasar dan buat Anita rasa marah, sedih dan lain2 yang perkara, akak minta maaf.... halalkan makan minum.... "Thanks temankan kak masa husband kak kat kg."

Akak doakan agar Anita lebih tabah menghadapi dugaan hidup dan berjaya dalam bidang yang Anita ceburi sekarang. Tunjukkan pada orang ramai.. that you can be the best!

Ingat lagi tak gambar kat atas ni?..... THANKS FOR BEING MY FRIEND


Monday, October 17, 2011

Tanjung Balau, Kota Tinggi




9 October 2011, saya sekeluarga ke Tanjung Balau Kota Tinggi. Kali ni saya ikut Highway baru yang dipanggil Senai-Pasir Gudang- Desaru Exspressway. Kat sini tak pakai tiket tapi pakai kad dan tolnya plak RM 10.00 + (saya pun tak ingat)

Yang menariknya kat highway ni, adalah highway 1 lorong (biasa highway kan 3 lorong) dan macam jalanraya biasa. (Korang mesti tak paham kan?) hahaha

Kat sini ada Jambatan Pulau Pinang Mini. Tengok gambar kat bawah.



Tinggi jugak lah jambatan ni. Yang paling seronok kat sini off course heroin2 dan hero saya.


Kebetulan masa kami sampai cuaca mendung dan hujan renyai. Saya ngan husband dirikan khemah, salin baju dan 'bushhhhh'. Nampak tak hero dan heroin2 saya kat gambar atas ni. Saya seronok tengok mereka gembira.

Dipendekkan citer, pas tu ujan turun sangat2 lebat. Khemah kami dah macam layang2 dengan air ujan lagi... so kami decide memindahkan anak2 sorang2. Mencabar tul masa tu..... (hanya saya je tau)

Tengok ajerlah dari dalam kete

Hujan.....

Hujan dan hujan

Lagi hujan lebat...


Masa kat Tebrau, jammed. Traffic Light hijau tapi still tak jalan2. SKami semua dah penat + ngantuk teramat dan terbayang2 bantal kat kepala..... Akhirnya, nilah penyebab jammed! Lori bawak papan (dahlah tak ikat dan tutup), saya tgk belakang lori tu macam nak roboh. Kat atas ni lori bantuan. Nama lori ni 'Optimus Prime' Malaysia.

That's all .....

Sunday, October 16, 2011

Sepetang di Taman Negara Tanjung Piai Pontian


Ahad 16 October 2011, saya ngan keluarga ke Tanjung Piai, Pontian Johor. Ekceli hari tu pun saya tak ada aktiviti dan hanya menjahit saja di rumah. En Hubby yang ajak sebab kebetulan dalam paper ada cerita tang Tanjung Piai. Untuk kesana just ambil masa 1 jam lebih saja. Haaa..tu pun dengan bantuan GPS. Mekasih GPS....

I'm here!!!!

OK..nak masuk dalam Taman Negara ni, berbayar tau. Dewasa RM5 sahaja. Tak mahal pun. Parking pun senang tapi kalau dah ramai..kenalah jalan jauh skit. Tempat ni macam dah lama, ada kawasan terjaga dan ada juga yang tak terjaga.

Kat sini banyak monyet liar

Al-kisah masa nak ke jeti nun ujung kat atas gambar ni, ada sekor monyet ni bawak baby (tergayut2 kat perut mak dia), saya bawa beg makanan dan pimpin hero dan heroin saya. Jap lagi masa nak melepasi monyet nakal ni, menatang nih leh plak dia kejar saya...huaaa apa lagi menjerit laaa. (hehehee) Dah semua orang tgk. Well.... nak buat camner kan.

En Hubby lepas sebab dia dokong Arissa. (Arissa pun nangis sebab terkejut). Bahaya tau kat sini lagi2 kalau bawa baby..peluk erat2. So..dipendekkan citer, saya pun stay la situ... hero dan heroin saya tak nak lalu situ sebab takut. Kami pun berkampung di pondok yang disediakan. (Chittt, kuang asam punye monyet... melepas nak ke ujung jeti tu)

Panjang tau jeti2 ni. Semua laluan jeti saya pergi. Memang penat!

Jangan tgk orang... tengok yang ada tanda anak panah merah tu... (ada paham! --- Penyokong setia)

Kat jeti mancing, ada sorang pakcik ngan anak2 dia dan juga ngan wife dia tgh mancing. Banyak ikan dia dapat... Hasil pasang telinga saya ni... dengar2 pakcik ni dari kul 11.00 kat situ... kami sampai kul 1.00pm so.. 2 jam bleh dapat ikan byk cam ni kira ok la..

Comel saya......


Nampak kapal je kat sini


Ngeeee.......


Cantik kan?

Kat sini takut skit sebab jeti senget... dalam plak tu...

Taraaaa.......... sampai gak kat sini
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...