Nak Tau?

Monday, September 26, 2011

I-City Shah Alam

Selepas ke Petrosains, kami ke I-City. Dari pagi hingga malam kami berjalan. (Masa itu emas). Masa saya sampai, still tak ramai orang. Buat yang pertama kali ke I-City, perlu sediakan RM1.00 (kot) - untuk parking kete. Tempat parking banyak tapi kalau peak time rasanya susah jugak kalau nak parking (coz masa kami balik, orang dah ramai. Berderet kereta tunggu turn nak parking sampai ke luar kawasan I-City)

Sampai je terus beli tiket dan ambil sweater (kat situ pun disediakan but dan glove -sewa atau beli). Bagi yang membawa budak kecil, eloklah dipakaikan sweater terlebih dahulu biar ber'double'.

Cantik dan sejukkkk....brrrr

Farah Tahsina


Saya paling suka kat part sini, sebab 'sliding'. Lagi satu tak perasan lak lampu kat situ bertukar2. Tgk gambar baru perasan. Kat atas tu gambar saya ngan Arissa. Kengkononnya, anak yang main tapi---- sebagai coverline mak yang excited main.

See.... suka3 tapi licin kat sini, sebab tu dia alas kapet tuk memudahkan orang bangun. Banyak kali juga saya jatuh masa nak bangun! Dan ada satu masa, warga emas jatuh dan kepala terhantuk ice cube. Sian pakcik tu.... terus orang ramai bawak pakcik tu keluar.

Lagi dan lagi.....

Eh..ada lak camera man dok ambil gambar. Sebut pasal gambar, pikir 2 3 kali sebelum bawak kamera masuk dalam. Anda akan tanggung akibatnya.

Gambar yang blur...


Dah penat dan Arissa kesejukan. Muka pun dah merah dan selsema... Masa untuk membawa Arissa keluar......

Phew....... legaaaaa......!

Psss: Perasan tak gambar2 kat atas gelap! Sebab saya terlupa nak on flash / setkan kepada auto (Pagi tu masa pi Aquaria, tak dibenarkan ambil gambar+ flash) ... Rugi..rugiii...

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...