Nak Tau?

Saturday, September 17, 2011

Gunung Besar - COMING SOON

7-9 Oktober 2011, Team Extreme plan nak panjat Gunung Besar (terletak di hutan Endau Rompin, Labis, Johor)

sejarah Labis dapat name...

Dikatakan..Labis mendapat nama dari sebutan org penjajah yang menanyakan nama binatang Labi2 yang banyak di kawasan ini pada suatu masa dulu.. nama tempat ini adalah berasal dari sebutan pelat mereka.

Endau Rompin.
kawasan yang mempunyai sejarah selama beberapa dekad ini adalah hutan taman negara yang kedua terbesar di Malaysia selepas Taman Negara Pahang. Hutan ini mempunyai pelbagai binatang liar yang masih merayau-rayau di kediaman mereka dalam keadaan semulajadi mereka.

Kawasan ini terkenal dengan badak sumbu sumatera, gajah yang asyik mengelilingi gunung Besar, abang beruang yang besar dan abang maybank."Hutan yang terjaga rapi ini adalah diantara hutan yang terbesih pernah saya lalui. dengan hanya kutipan sampah setengah genggam untuk Gunung Cabang3 dan segenggam untuk Gunung Besar ( 2/3 adalah sampah baru... sapa buang aaaa???? ), perjalanan kami amat memuaskan kerana tiada sampah yang menyakitkan mata sepanjang trek. Abang Orga mengatakan bahawa hanya 500 orang pengunjung sahaja yang dibenarkan masuk ke kawasan ini setiap tahun, patutlah trek nye seakan-akan tidak wujud dan amat cantik" kata Fazrul

Gunung Cabang3 adalah dalam ketinggian 3274 kaki dan Gunung Besar 3398 kaki ini di pisahkan dengan sebatang sungai iaitu last waterpoint untuk para pendaki. oleh itu, pendaki akan melalui trek yang sama ke last waterpoint sebelum menentukan destinasi memasing.
Puncak Gunung Besar adalah penanda sempadan diantara Pahang dan Johor.

--- dicopy dari blog Fazrul06---

p/s Tak sabar rasanya nak pergi panjat gunung!.



No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...