Nak Tau?

Thursday, November 24, 2011

Jom tangkap lalat

Kalo nak join main lalat ni...memasing kene ada lalat.... Tangkap..jemur.... dan keras... baru leh main

Baring baring dan santai.... "lalalalala"


"Cepat laaa......."

"Yippie....... "

"Sampai tak?"

"Kaki aku lagi panjang laa...dari kaki ko"

"Yehaaaa"


"psstt... cover line"

"Aribba..aribba"


P/S : Boleh cuba nih....




Wednesday, November 23, 2011

Samsung Tablet atau Ipad

Skang ni teknologi dah semakin canggih dari segi kamera, hset, laptop dan lelain. Saya pun dah berkenan dengan satu gadget ni (nak lengkapkan wishlist saya), tapi tak tahu nak yang mana satu... lenguh dah men'google' dan menceroboh blogger yang suka story tang gadget2 nih. First choice saya Tab 7.7 tapi blom ada kat pasaran... Adik kata beli Tab 7+ (ni pun lom ada kat pasaran)

Masa survey2 kedai ternampak plak Tab8.9 (kecil skit dari Tab 10.1) tapi tak memenuhi citarasa saya. Niat beli ni sebab nanti tak payah nak pasang Skrin dalam kete. Dari saya beli dan pasang dalam kete bih baik saya beli gadget yg senang nak dibawa kemana2. Masih terfikir2......

Galaxy Tab 7.7 (cantik kan...kan...)


Galaxy Tab 8.9 (Besar lak)


Ipad2 (Sedang2)


Galaxy Tab 7 plus (nipis + laju skit dari Tab 7)

Pikir-pikirkan....

Thursday, November 17, 2011

Camner EK....

Cuti sekolah dah tiba... Pas ni rumah saya mesti riuh rendah ngan ketawa, nangis, gado2 kan. Tapi waktu malam , Sabtu (2/3) dan Ahad jer lah saya dapat bersama ngan anak2. Nak buat cam mana, gigih mencari rezeki.

Hmm, hujung bulan ni dah penuh aktiviti. Rombongan adik ipar ke N.9. Sambil2 tu jejalan ke Port Dickson. Masalahnya skang ni Farah Tahsina selalu cakap "Mama... Jom kita pergi tempat yang ada snow tu..." dan dah banyak kali dia bgtau saya.... kesian pula tgk puteri sulung saya ni.

Dah maklumkan pada papa dia, tapi papa dia cakap "Tgklah macamana planning kat sana".

Tunggu ajerlah...... lagipun saya tak boleh nak bercuti panjang coz tempahan kastemer banyak. Cian anak mama...

Wednesday, November 16, 2011

Killer Musical

Mimpi ni berlaku pada 15 Nov 2011. Kali ni mimpi saya ada macam2 story. Haa...nak tau tak pelakon Zamarul ngan wife dia pun masuk sekali. Citernya cam gini, saya ngan team yang lain berada di satu kawasan hutan dan terdapat satu bangunan usang di situ.


(konon-konon)

Misi kitorang masa ni nak ke rumah Zamarul ngan wife dia. Lagipun kami kesana sebab nak menyiasat kes pembunuhan yang sering berlaku pada waktu malam.


Dalam perjalanan ke sana secara tiba2 kitorang boleh menyanyi dan menari ala-ala High School Musical. :) Siap ada aquarium besar lagi... tetiba lalu kawasan Zoo.... ish2


Agak menarik juga mimpi kali ni! Bila dah sampai rumah Zamarul, kami terkejut coz rumah dia dari luar kecik tapi bila masuk bilik tidur... tersangat-sangatlah besar cam istana. Wife dia sambut kami dengan macam2 makanan. (Cam citer Hansel and Gretel pun ada)

Apa yang peliknya, hanya bilik sahaja yang dihias cantik, tetapi kawasan ruang tamu seperti ruang kosong yang menyeramkan. Dan seperti ada sesuatu yang disorokkan oleh wife Zamarul tu. Sebelum sempat saya menyiasat... alarm pun berbunyi.....

Taraa... waktu menggosok baju..!!!! Sekian....

Wednesday, November 2, 2011

Hari ber BBQ



30 Oct 2011 lepas, saya dan family ke Tanjung Balau. Kali ni saya ajak atuk, nenek sekali ke sini untuk ber BBQ. Kami bertolak pagi dan balik pukul 5 lebih. (penat weeehh)


Atuk dan hubby bersemangat kipas mengkipas....


Arissa tolong mama kemas... (habis sepah semua)


Irfan Jr... alone (agaknya nak kawan kot sebab dia sorang jer lelaki yang kecil, acik dia dah besau)


Simbah2... haaa tgk hubby saya kat tepi tu (sebenarnya dia tgh tunggu masa nak tenggelamkan saya) -- Malas nak mandi laut masa ni!






bersambung.....





Hadiah untuk mereka


Taraaa...nilah kek Arissa. Cantik kan? Cuma tak sama ngan lakaran yang saya buat memula. Tapi takpe yang penting Arissa suka dan sangat sedap!


Papa dikerumuni hadiah dan anak2


Tak lupa juga tuk Farah dan Irfan. Kalau salah seorang punya birthday disambut..so hadiah tak boleh beli satu tapi wajib beli tiga2. hehehehehe

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...