Nak Tau?

Monday, September 26, 2011

Colmar Tropicale Bukit Tinggi

Pada keesokan harinya pula 12 Jun 2011, kami ke Colmar Tropicale Bukit Tinggi. Perjalanan agak jauh juga... Penat semalam pun belum hilang tapi mengingatkan Masa itu Emas... kami teruskan juga...

Pengalaman yang saya tak boleh lupa masa nak naik ke atas Bukit Tinggi. Ada satu kereta kancil yang penumpangnya adalah dalam 6 orang dewasa (hehehe bayangkan lah). Berasap kereta tu nak naik ke atas. Yang bestnya, muka 6 orang dewasa tu selamba jer.... dia tak perasan ke kereta dia dah berasap+dengung. (Semoga mereka selamat sampai keatas)

Sebelum sampai ke Colmar Tropicale, kami ke Taman Arnab. Ada banyak arnab kat situ. Pony pun ada.

Arissa, Farah dan papa

Nak makan tak Rabbit???

Nak itot?

Walaupun giliran naik dah abis, anak bujang saya setia ikut belakang menatang tu.

Apepun tak bleh.....

bersambungg.........



I-City Shah Alam

Selepas ke Petrosains, kami ke I-City. Dari pagi hingga malam kami berjalan. (Masa itu emas). Masa saya sampai, still tak ramai orang. Buat yang pertama kali ke I-City, perlu sediakan RM1.00 (kot) - untuk parking kete. Tempat parking banyak tapi kalau peak time rasanya susah jugak kalau nak parking (coz masa kami balik, orang dah ramai. Berderet kereta tunggu turn nak parking sampai ke luar kawasan I-City)

Sampai je terus beli tiket dan ambil sweater (kat situ pun disediakan but dan glove -sewa atau beli). Bagi yang membawa budak kecil, eloklah dipakaikan sweater terlebih dahulu biar ber'double'.

Cantik dan sejukkkk....brrrr

Farah Tahsina


Saya paling suka kat part sini, sebab 'sliding'. Lagi satu tak perasan lak lampu kat situ bertukar2. Tgk gambar baru perasan. Kat atas tu gambar saya ngan Arissa. Kengkononnya, anak yang main tapi---- sebagai coverline mak yang excited main.

See.... suka3 tapi licin kat sini, sebab tu dia alas kapet tuk memudahkan orang bangun. Banyak kali juga saya jatuh masa nak bangun! Dan ada satu masa, warga emas jatuh dan kepala terhantuk ice cube. Sian pakcik tu.... terus orang ramai bawak pakcik tu keluar.

Lagi dan lagi.....

Eh..ada lak camera man dok ambil gambar. Sebut pasal gambar, pikir 2 3 kali sebelum bawak kamera masuk dalam. Anda akan tanggung akibatnya.

Gambar yang blur...


Dah penat dan Arissa kesejukan. Muka pun dah merah dan selsema... Masa untuk membawa Arissa keluar......

Phew....... legaaaaa......!

Psss: Perasan tak gambar2 kat atas gelap! Sebab saya terlupa nak on flash / setkan kepada auto (Pagi tu masa pi Aquaria, tak dibenarkan ambil gambar+ flash) ... Rugi..rugiii...

Thursday, September 22, 2011

Petrosains KL

Pada 11 Jun 2011, saya sefamily ke Aquaria dan Petrosains di KL. Al-maklumlah masa tu cuti sekolah dan seperti yang telah dijanjikan (janji kepada Farah dan Irfan Khan), kami akhirnya sampai juga ke sana.

Apepun saya cadangkan kepada sesiapa yang nak pergi ke Petrosains agar membuat tempahan tiket terlebih dahulu. (Mudah dan senang) Bayangkanlah dalam ramai2 orang yg beratur (kalau kaunter tutup alamat mmg susah la nak dapat tiket itupun kalau bernasib baik). Tetapi kalau booking awal, senang terus ke kaunter cakap nak amik tiket, bayar dan tunggu masa tuk masuk.

Pas tu kena tunggu lagi… nak naik ‘benda alah tu’ (ekceli tak tau nak sebut apa tapi bentuk lebih kurang cam helmet). Dalam 30 minit juga tunggu. Irfan dan Farah paling seronok masa ni.

Apa yang boleh saya ceritakan, tempat2 ni memang sesuai untuk kanak2 coz byk ilmu dan perkara baru yang boleh mereka pelajari. Saya dengan husband pun seronok gak (rasa2 nya kitorang lebih banyak explore dari budak2)



Benda kat atas nih pun best!

Dinosour ni siap nyanyi2 lagi. Hahaha + sexy suara dino nih


Agak lama juga saya di Petrosains. Memang seronok (tapi kalau kerap kali pergi bored jugak) Anyway, insyaallah saya akan ke sana lagi sebab ada tmpt yg tak sempat nak explore. Berbaloi dengan harga tiket. Dah kuar... jumpa sepupu dan kami terus ke i-city (akan bersambung...)



p/s : Credit to afifplc.blogspot tuk pertambahan image.. actually image sama tapi tak tau dah simpan mana

Wednesday, September 21, 2011

Penculik orang

Mimpi ni dimimpikan pada 18 Sept 2011. Mimpi kali ni berkisarkan unsur seram dan biasa2 je. Mengisahkan sekumpulan manusia yang telah ditangkap dan dijadikan hamba untuk mencari >>>> (tak ingat cari apa) tapi yang penting BENDA itu amat berharga pada orang jahat ni AKA penculik yang menculik sekumpulan manusia ni.

Nak dijadikan cerita, masa tu saya tgh mandi dan tetiba bilik air tu bertukar plak menjadi bilik air penculik yang jahat itu. Untuk mengelakkan kejadian yang tak diingini, saya pun kuarlah… (Selamat2)

Di satu petang yang hening dan tetibe kedengaran bunyi bom, tembak menembak dan macam2 bunyi lagi dan yang peliknya tiada peperangan berlaku. Saya dan kawan2 yang lain berlari untuk mencari tempat perlindungan yang selamat. Apa yang kami semua lihat, keadaan tempat tu macam kuil dan ada sami Budha (peliks kan?). Sami2 ni berentap ngan penculik kitorang (mungkin dia ni Demon kot) – macam citer hantu Thailand ada gak!

Akhirnya, penculik kitorang tu lesap dan sami2 tadi pun hilang cam gitu. Kitorang pun bawa diri memasing (still dalam group) untuk mencari perlindungan. Sampai di satu tempat, saya lihat ada 3 jalan. Jalan pertama – menuju ke kawasan kg dan penuh ngan sawah padi, jalan kedua - menuju kawasan rumah Bandar dan jalan ketiga – menuju ke hutan. Kebanyakan kawan saya menuju ke kg yang dipenuhi dengan sawah tetapi saya pula melalui hutan, Bandar dan ke kampong, Setiap jalan yang dilalui mempunyai kisah yang tersendiri. (malas nak menaip).

Dipendekkan cerita, apabila saya bertemu dengan kawan2 yg terpisah tu. Masing2 lari lintang pukang. Rupanya penculik Demon tu masih hidup dan dia bangkit bila dapat tau saya ada kat situ. Why????

Ntah cam mana saya kene sampuk lak ngan penculik Demon dan saya rasa cam betul je kena sampuk… sekejap diri kita and then suara lain lak kuar….

Kahwin len

Mimpi 14 Sept 2011 ni sedih skit. (Macam drama… hehheh). Mengisahkan saya ngan husband gak, kalau 12 Sept 2011 saya mimpi drift ngan husband tapi kali ni kami berpisah. (sob..sob.) Tak tahu apa punca perpisahan tapi tau2 dah berpisah.

Nak dijadikan cerita saya dalam mimpi tu, mak saya cakap ada orang nak merisik walaupun tau status saya dalam mimpi tu janda (cam peliks lak, :p). Tarikh perkahwinan dah pun ditetapkan dan saya pun tak pernah tau SIAPAKAH ORANG ITU? Disebabkan takde sape yg nak explain dan biarkan saya tertanya-tanya, so decide to find it my self. Dalam masa yang sama, perasaan sayang saya pada x-husband (dalam mimpi eh) makin mendalam n still don’t know penyebab kami berpisah.

Saya terjumpa kawan-kawan ofis dan mereka pun bantu saya tuk cari ORANG TERSEBUT. Sehinggalah satu hari mak saya suruh pergi ke rumah jiran dia di KG ….. (tak ingat), untuk hantar bekal makanan. Sungguh sopan santun tul masa masuk umah makcik …. (pun tak ingat). Bayangkanlah layanan makcik tu pada saya macam menantu dia. Dok sembang-sembang, mata saya terpandang kad kahwin yg sememangnya saya kenal. (Kad kawin saya lah tu….)

Ntah camana ntah.. saya beranggapan anak dia yang perempuan tu yg kawin ngan saya (tak logic sungguh.dan sungguh tak logic).. Dan ntah camana sekali lagi datang sorang mamat ni claim yang dia kawan baik saya sejak kecik lagi… dan sekali lagi ‘ntah camana’ tetibe ter flashback citer lama. Yolaaa… biasa kalo ada masalah, saya citer kat dia jer..apa2 kat dia sampai lah saya dah bersuami… hmm

Citer pasal x husband (dalam mimpi), saya sms dia cakap..saya tak nak kahwin ngan mamat misteri tu. Saya nak duk ngan dia… sebab saya rasa hilangnya sesuatu yang berharga … (yang peliks lagi dalam mimpi ni..watak husband biasa angguk, geleng, OK.. tu je..)

Lagi 1 jam majlis kahwin nak bermula, barulah saya tau siapa ORANG ITU… (owh..ghupenya kawan baik saya…. ). Masa tu tetibe rasa hepi sangat sebab tak sangkalah katakan…. ORANG ITU pun hepi tapi saya cakap ngan dia “MAAF, SAYA TAK BOLEH TERUSKAN dan saya SAYANG suami saya….” (dah bleh wat filem ni)…

ORANG ITU berundur sambil tersenyum… tak cakap apa2… dan buat kali terakhirnya ‘ntah camner ntah’ sume ‘props’ ilang… yang tinggal saya ngan husband saya dan terus tersedar…. Waaa..dah terbangun lambat nih!!!! Hehhehehe

Agaknya pengajaran mimpi nih… “SAYANGILAH SUAMI ANDA”


Jom Drift

Ini adalah mimpi yang berlaku pada 12 Sept 2011. Lebih berkisarkan tentang drift… hahaha D.R.I.F.T! Actually permulaan cerita sebenarnya, saya dan juga kawan-kawan + keluarga ditempatkan di dalam satu bangunan (not sure bangunan apa) tapi di luar bangunan tersebut keadaannya seperti di Pasar Besar (jual banyak banyak banyak barang). Dalam mimpi kali ni saya sentiasa berdamping ngan husband dan dia follow jer apa saya buat.

Satu tengahari, saya ajak husband keluar dari bangunan tu dan yang bestnye saya tolak husband saya (dia dalam trolly) sambil berlari… hehehe. Akhirnya setelah mencari jalan keluar (agak lama juga tolak troli tu) sampai juga kami kat luar.

Tempat first saya pergi ialah di kedai yang menjual tudung2. Yang menjual tu tak silap orang Thailand rasanya. Kat sebelah saya masa tu ada sorang ayah ngan anak dia (masa tu anak dia tgh merengek suh ayanh dia dokong).. saya wat dono je… masa org sebelah saya tu bersuara saya terkejut sebab kawan sekolah saya masa saya form 3. Yang peliks nyer kami tak bertegur pon…. Cuma memasing tunduk dan saya ajak husband saya pi tempat len…

Dalam sempat dan separuh tak sempat..sempat gaklah saya paling kat orang tu.. sambil senyum. Dalam kepala masa tu rasa nak patah balik nak tya satu soalan kat orang tu… (dari dulu asik satu soalan ni je nak tanya dan apakah soalan itu??????) hehehe

Eh… citer tang husband saya masa tu still dalam trolli… dan tetibe cam mana trolli tu bertukar jadi keta drift…. Saya mmg suka memandu, di alam nyata pun saya lebih suka bawak kete dan husband saya jadi penumpang (walaupun dia tak suka jadi biasanya kitorang berebut duduk kat tmpt duduk pemandu melainkan kalau saya penat)

Masa nak start enjin (Ladies and gentleman..Start your Engine… 3 2 1)… tetiba datang 3 biji keta drift… siap berhenti sebaris cam nak lumba keta… Dan secara otomatiknya, dah kira join drift la ni… Masa bawak laju kat selekoh..terasa cam betul dan best! Husband saya jadi penunjuk arah…(suit pun ala-ala F1) Masa tu kitorang 2nd place, nak beat yg 1st place agak jauh gak ketinggalan. Dipendekkan cite, saya dapat no.2.......

Saturday, September 17, 2011

Gunung Besar - COMING SOON

7-9 Oktober 2011, Team Extreme plan nak panjat Gunung Besar (terletak di hutan Endau Rompin, Labis, Johor)

sejarah Labis dapat name...

Dikatakan..Labis mendapat nama dari sebutan org penjajah yang menanyakan nama binatang Labi2 yang banyak di kawasan ini pada suatu masa dulu.. nama tempat ini adalah berasal dari sebutan pelat mereka.

Endau Rompin.
kawasan yang mempunyai sejarah selama beberapa dekad ini adalah hutan taman negara yang kedua terbesar di Malaysia selepas Taman Negara Pahang. Hutan ini mempunyai pelbagai binatang liar yang masih merayau-rayau di kediaman mereka dalam keadaan semulajadi mereka.

Kawasan ini terkenal dengan badak sumbu sumatera, gajah yang asyik mengelilingi gunung Besar, abang beruang yang besar dan abang maybank."Hutan yang terjaga rapi ini adalah diantara hutan yang terbesih pernah saya lalui. dengan hanya kutipan sampah setengah genggam untuk Gunung Cabang3 dan segenggam untuk Gunung Besar ( 2/3 adalah sampah baru... sapa buang aaaa???? ), perjalanan kami amat memuaskan kerana tiada sampah yang menyakitkan mata sepanjang trek. Abang Orga mengatakan bahawa hanya 500 orang pengunjung sahaja yang dibenarkan masuk ke kawasan ini setiap tahun, patutlah trek nye seakan-akan tidak wujud dan amat cantik" kata Fazrul

Gunung Cabang3 adalah dalam ketinggian 3274 kaki dan Gunung Besar 3398 kaki ini di pisahkan dengan sebatang sungai iaitu last waterpoint untuk para pendaki. oleh itu, pendaki akan melalui trek yang sama ke last waterpoint sebelum menentukan destinasi memasing.
Puncak Gunung Besar adalah penanda sempadan diantara Pahang dan Johor.

--- dicopy dari blog Fazrul06---

p/s Tak sabar rasanya nak pergi panjat gunung!.



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...